Tuesday 22 April 2014

Muka tv 90 inci sejak bayi


Assalamualaikum.

Malam ni tanpa motif yang jelas aku nak share gambar aku masa bayi dan kecik muda setahun jagung. Sebenarnya aku baru jumpa gambar2 ni dlm album akak aku si minah tempe tu. Tak guna betul minah tu curi gambar2 aku! (nampak sangat sayang aku ;} ekekeke) . Kau taknak tengok? ada aku kesah? kau datang blog aku , aku paksa kau tengok!wakakaka. kene tengok! jejarang weh jumpa muka ala2 tv 90 inch sejak bayi ni *bayi la sangat da besar dabab*. so wajib tengok . paksa ya paksa.

Brace yourself!!!!!!!!!!!!!!

Tadaaa tada tadaa tadaaaa~


Muka ala2 tv 90 inci dari kecik sampai ke tua :')
Ya bukan saja muka bayi ku lebar, juga kepala besar uols. Duduk kngkang tak sudah, rupanya habit ni sejak bayi lagi ya.... ya aku tahu muka bayiku sangat matang macam paktongkol *bukan nama sebenar*  kat kedai kopi tengah panas blagak sexy bukak butang baju nampak perut super buncit hasil dari kecacingan. ekekeke (lawak hambar tergolek-golek). Apapon kau kena cakap muka bayi aku comel . cepat cakap comel! 

Tak cukup lagi gambar bayi dan gambar sekarang yang memualkan engkau , aku tambah lagi biar ada yang tercekik melopong. muhahaha . brace yourself skali lagi , lihatlah betapa innocent nya saya sewaktu kecik 6tahun jagung. ekekekeke bio leh peghasan skali skala (padahal selalu sampai dah jadi rutin di malam hari :D )

umur 6 tahun wajiblah rongak

 baju biru tu adik aku , tak tahu lah ape yang dia cuba jampi aku mase tu. aku agak dia nak suruh aku mati trcekik, tak guna punya adik!
Dari kecik orang pertikaikan kerongakanku. da besar akak aku plak hampap gigi aku dengan fon Nokia zaman dedulu yang sebesar alam seberat adik aku (adik aku berat ok) . sampai terpeleot terseliuh gigi kapak ku , senget 160 darjah . nasib tak 180 , tajam jadinya terkopekla bibir ku.  sampai sekarang gigi ku kekal terpeleot sebegitu rupa. oh tak, mgkin da jadi 165 darjah setelah sekian lama. ;/  sedih en? tang gigi ni aku mmg malang dari kecik nampaknya ! kenapa gigiku sendiri nak bermusuhan dengan aku sehingga mogok dan sengetkan diri begitu lama?! sobs.

oh tak, ni semua salah akak aku yang kurang kegunaan tuh , mencederakan gigiku sehingga gigi ku touching lalu menyengetkan diri dan takkan kembali lagi. kita kasi panggang itu budak. mentang gigi dia banyak lompang dulu akibat brek basikal pakai muka seronok dia sengetkan gigi super kapakku ini . ekekekeke. ok tak lawak.  sekarang ni dia seronok mengata gigi aku , padahal dia yang buat , sebelum kejadian gigi aku paling kemas dan bergaya kot uols~

terasa pulak nak sebar gambar gigi lompang dia masa kecik2 dulu. muhahahahaha 

tengok buruk gila. tapi sekarang dia la paling cantik putih gebu. tak guna tak guna.


ok. sekarang ni entry aku dah jadi semakin hambar , lebih2 lagi masuk tang gigi tu yang takde kaitan langsung dengan tajuk entry ni . oleh kerana kehambaran sedang menular laju dalam arus entry aku ni dan seisi blog , izinkan aku berundur takot kelak semakin serius kehambarannya. (tengok da makin serius hambar)

baiklah baiklah. 

4 comments:

  1. gud job alien . gud job ! sangat hambar

    ReplyDelete
  2. gud job alien . gud job ! sangat hambar

    ReplyDelete
  3. gud job alien . gud job ! sangat hambar

    ReplyDelete
    Replies
    1. kalau ye pun tak payah la sampai hntr 3 comments sama. ;{

      Delete

Awak komen kat sini ye :)